Allahu Akbar, Allahu Akbar!... Allaaahu Akbar, Allaaaahu Akbaaar!..
Berkumandang suara azan atau org kampung aku panggil 'BANG' subuh, menandakan matahari sudah tak sabar nak keluar. Ku selak selimut yg menutupi tubuh badan, aku singkap selimut malas yg menyelubung hati. Bingkas aku bangun dari tilam empuk, capai tuala, menuju ke bilik air dgn mata yg separuh terpejam. Aku mandi dan bergegas menyiapkan diri utk ke surau, berjemaah. Ahhh, segarnya badan bila mandi diawal pagi...
Aku lihat isteri masih lena di ulik mimpi. Aku biarkan, dia cuti. Bestnye pompuan bole cuti2..
Baju melayu biru cekak musang yg aku buat untuk raya tahu lepas aku sarungkan ke badan. Aku padankan dgn kain pelikat cap Gadja Duduk bewarna hitam beserta serban serba putih melilit kepala yg tertangkup kopiah, yg juga putih warnanya. Ku kenakan juga minyak wangi tanpa alkohol berperisa 'Malaikat Subuh' yg pernah adik aku selalu tersilap panggil 'minyak wangi malaikat maut'. Bermula dgn lafaz bismillah dan langkah kanan, aku segera berjalan ke surau berdekatan.
Tiba di pintu surau, aku lihat jemaah telah pon ramai. Belum sempat aku masuk, beberapa pakcik2 menghulurkan salam dgn senyuman. Ada yg mendepakan sebelah tangan, tanda laluan utk aku ke sejadah imam. Ku sambut salam mereka, ku balas senyuman dan terus berjalan menuju ke hadapan.
Aku tengok jam di dinding.
"Dah lewat, x sempat aku nak solat sunat dulu. Tulah, lama sgt dpn cermin tadi", detik aku di dalam hati.
Aku terus mengambil tempat di sejadah imam. Ku toleh kebelakang sbg isyarat kpd pak bilal, untuk dia melaungkan iqamat pula.
"Sila lurus dan rapat2 kan saf", kataku selepas selesai membaca doa.
Baru shj aku nak angkat takbir, tiba2 kedengaran satu suara dari salah seorang jemaah wanita.
"BANG!! BANG!!", katanya.
"Eh, tadikan dah BANG, nak BANG ape lagi??", cetus hatiku.
"Oh, mungkin ada yg lewat sampai dan ingat masih belum BANG agaknya. X pon Maimunah, anak Pak Daud Su ikut ibunya ke surau pagi ni", kata hatiku lagi. Maimunah adalah seorang yg istimewa, tapi rajin ke surau utk ikut ibunya solat berjemaah. Jadi kpd yg malas jemaah tu, malulah dgn Maimunah.
Tak mempedulikan jemaah itu, aku terus mengimamkan solat subuh pagi itu. Keheningan pagi kawasan perumahan itu aku pecahkan dgn bacaan Al Fatihah dan Surah Muzammil yg didendangkan dgn alunan ala2 Sheikh Mishary Rashed Alafsy. Habis rakaat pertama, rakaat kedua aku kumandangkan pula Surah Al Muddassir pula. Sudah menjadi kebiasaan aku, memejamkan mata utk menghayati bacaan dan khusyuk. Semoga semua yg masih berselimut pada waktu itu akan bersegara bangun mengadap Tuhan pencipta mereka.
Tiba masa utk bacaan Qunut, aku tadahkan tangan selepas bangkit dari rukuk. Belum sempat aku mulai, kedengaran sekali lagi suara jemaah wanita tadi.
"Subhanallaahh!!", katanya pula.
"Eh, apa silap aku?? Ada org mazhab lain ke kt sini??", fikirku dalam benak. Aku terdiam sejenak sebelum mengambil keputusan utk meneruskan solat dgn bacaan Qunut kerana aku tahu tiada kesalahan yg aku buat sbg seorang imam. Lagi pon, itu dari jemaah wania. Kalau aku ada kesilapan tentu jemaah lelaki yg terlebih dahulu dan afdhal utk menegur,
Tiba2 kedengaran sekali lagi. "Subhanallaahh!! BANG!! BANG!!", katanya lagi.
Huh, x habis2 dgn dia punya BANG. Sah lah Maimunah yang punya angkara. Aku teruskan shj dgn bacaan Qunut hingga selesai tanpa mempedulikan dia.
Tiba masa utk turun bersujud, tiba bahu aku di tepuk dan gi goyang.
"Subhanallaahh!! BANG!! BANG!!", kedengaran sekali lagi.
"Dah melampau Maimunah nih!!". kata hatiku geram. Alang2 wudhu' aku dah terbatal terkena sentuhan dia, aku berhenti bersolat, aku buka mata dan berpaling untuk memarahinya. Tapi yg kelihatan di hadapan ku bukanlah Maimunah, tapi isteri aku.
"BANG, BANG, bangun la sembahyang subuh. Dari tadi lagi org kejut. Dah la tido meniarap. Mimpi ape ni sampai baca Qunut dalam tido nih? Bangun, dah nak cerah tuh", katanya separuh marah.
Aku bingung. Aku lihat keliling.
"Eh, kenapa abang kat umah? Kan tadi abg gi surau imamkan orang??" tanya ku pada isteri.
"Eleh, imam konon.. Orang surau dah lama balik. Subuh pon hujung waktu, nak imamkan org konon. Dah, gi cepat", katanya memerli.
Ku selak selimut yg menutupi tubuh badan, aku singkap selimut dgn perassan malu yg menyelubung hati. Bingkas aku bangun dari tilam empuk, capai tuala, menuju ke bilik air dgn mata yg terbuka luas. Maka tahu lah aku, inception itu benar. Apa terjadi atau kata2 org sekeliling di alam nyata boleh di transfer ke dalam mimpi, dan apa yang di mimpi boleh terasa mcm benar2 berlaku di alam nyata.
Aku mandi dan bergegas menyiapkan diri utk sembahyang subuh.
Sendiri.
Di rumah.
Dgn bacaan berlagu yg aku cipta sendiri, dan surah terpendek dalam Al Quran.
Ahhh, awal2 pagi lagi dah malu dgn isteri...
Malu juga pada Maimunah anak Pak Daud Su.
2 tahun penuh rahmat...
4 days ago
